Tuesday 23 April 2013

Misi & Visi Sekolah


Sejarah Sekolah


Taman Universiti terletak kira-kira 25 km dari bandaraya Johor Bahru. Ia diberi nama sempena sebuah IPTA yang berhampiran dengan kawasan perumahan ini, iaitu  Universiti Teknologi  Malaysia (UTM). Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (1) pula diberi nama kerana sekolah yang pertama dibina dan yang terbesar  antara empat buah sekolah di taman perumahan ini. 




SK Taman Universiti 1 mula menjalankan operasinya mulai 1.12. 1994 mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat yang mengandungi 25 buah bilik darjah, bilik kemahiran hidup, bilik amalan perdagangan, bilik kokurikulum, pusat sumber, bilik tayang, bilik muzik, bilik rehat guru, bilik sains, surau, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, pejabat  dan bilik kesihatan serta sebuah kantin. Luas keseluruhan kawasan sekolah ini ialah 5.9 ekar. Oleh kerana pada masa itu bangunan ini belum siap, pengurusan dan pentadbiran SK Taman Universiti 1 menumpang di SK Taman Universiti 2,  yang terletak kira-kira 2 km dari sekolah.  Pada waktu itu kami mempunyai 959 orang murid dan 40 orang guru serta 3 orang kakitangan, menjalankan operasi pada sesi petang. Hanya pada 1.12.1995 SK Taman Universiti 1 mula menjalankan pengurusan dan pentadbirannya di bangunan sendiri.    Sejak tarikh itu murid sekolah ini terus berkembang sehingga melebihi 2000 orang seiring dengan pembangunan pesat taman-taman perumahan sekitar taman ini.
Kini jumlah murid SKTU 1 berjumlah 944 orang terdiri dari murid kelas biasa, 35 orang murid Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan 50 orang murid Pra Sekolah. Jumlah keseluruhannya ialah 1029 orang murid.   Kami mempunyai 73 orang guru, enam orang pembantu Hal Ehwal Murid,  6 orang kakitangan pejabat dan  seorang PRA.
Banyak pengubahsuaian bilik-bilik khas dan bilik darjah dilakukan untuk menampung keperluan murid-murid pendidikan khas dan pra sekolah. Bilik-bilik yang terlibat ialah bilik kokurikulum dan bilik amalan perdagangan yang diubahsuai bagi menempatkan Kelas Pendidikan Khas dan Kelas Pemulihan, bilik Kemahiran Hidup bagi menempatkan Pra Sekolah dan mengubahsuai 2 bilik darjah untuk menempatkan bilik kemahiran hidup dan bilik j-QAF.  Selain  itu kami juga menyediakan sebuah dewan bagi kegunaan majlis rasmi sekolah.Dewan ini merupakan 4 buah bilik darjah yang boleh diubahsuai kegunaannya menjadi dewan.  Dewan ini hanya mampu menampung 300 orang sahaja.


Tahun 2005 kami mendapat peruntukan daripada Perbadanan Kemajuan Islam Negeri Johor bagi membina sebuah surau bagi kegunaan  warga kami untuk menunaikan sembahyang yang berharga kira-kira RM80 000.00.  Pembinaan makmal komputer dalam RMK 9 dapat disiapkan pada akhir 2007 dan penyerahan bangunan makmal komputer ini dilaksanakan pada  Januari 2008. Pada tahun 2009, makmal komputer sekolah dapat beroperasi sepenuhnya  dan digunakan bukan sahaja untuk literasi  komputer, malahan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Pada tahun 2007, kami telah mendapat peruntukan untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan empat tingkat yang terdiri daripada empat buah bilik darjah dan bilik-bilik khas. Awal Januari 2009, bangunan sekolah ini telah siap sepenuhnya dan penyerahan bangunan telahpun dilakukan. Bangunan sekolah ini telah dapat beoperasi sepenuhnya pada tahun 2010.


Bangunan kantin sekolah juga telah dinaiktaraf melalui peruntukan yang diberikan pada tahun 2008 dan dilaksanakan pada akhir tahun 2008 .Kini keadaan kantin yang lebih selesa tetapi masih tidak dapat menampung jumlah murid pada satu-satu masa walaupun rehat dibuat dalam dua sesi. Sejajar dengan itu juga, susur gajah antara bangunan sekolah setiap blok ke kantin juga telah dinaiktaraf .